Monday, July 14, 2014

Pengenalan Blogspot

Blog merupakan salah satu saluran yang begitu popular digunakan padamasa kini bagi membuat catatan, perkongsian maklumat, perniagaan dan sebagainya. Ini adalah disebabkan saluran maklumat yang paling utama dan cepat untuk orang ramai padamasa kini mendapatkan maklumat adalah melalui internet. Jadi penggunaan blogspot yang disediakan oleh Google secara percuma adalah yang paling sesuai dan relevan bagi mereka yang baru menceburkan diri di dalam pembinaan laman web atau blog untuk kegunaan peribadi.

Di sini kita akan belajar cara-cara membina laman blog dan bagi mereka yang baru mengenali blog, inilah peluang untuk belajar bermula dari peringkat asas pendaftaran sehinggalah berjaya membina laman blog sendiri. Sebelum kita ke peringkat membina blog, apa yang perlu untuk permulaan adalah mempunyai akaun email dengan Google. Setelah pendaftaran akaun email selesai, barulah kita boleh ke peringkat seterusnya iaitu membina blog. Bagi yang belum mempunyai akaun email Google, anda boleh klik di sini untuk proses pendaftaran.

No comments:

Post a Comment